Jumaat, 9 September 2011

Dulu Lain dan Sekarang Lain....

Suatu ketika dahulu sekembali dari kerja di pejabat, saya sering singgah di sebuah warung yang menjual kuih muih.


Dah tiga tahun berlalu. Saya bersara awal dan tidak perlu lagi sibuk ke pejabat dan kembali ke rumah jam 5 petang dan saya pun tak perlu singgah ke warung kuih yang dulunya menjadi tempat singgah saya hampir setiap pulang bekerja.


Kini saya dah buka warung depan rumah. Saya menjual Kuih Pau, Kuih Gelang atau Donat, Kuih Lidah Ayam, Karipap, Siewmoi atau Siaobi. Warung saya beroperasi seawal pukul 3 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.


Dengan persepsi untuk memberikan keselesaan kepada semua, saya sedia menerima teguran teguran yang bernas.

Kepada mereka yang pernah atau sering singgah di warung saya, diucapkan berbanyak terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk beri khidmat kepada semua yang sudi. Andai ada terdapat kesilapan dari kami, silakan memberi teguran.


Untuk lebih adil, pelanggan dan penjual/atau pemberi perkhidmatan sentiasa sama sama betul...

Rabu, 24 Mac 2010

Pertama kali menulis memanglah agak sukar nak pilih topik yang amat sesuai untuk diceritakan sebagai sesuatu yang boleh dikongsi ramai.

Merujuk kepada tajuk utama, iaitu "Dulu Kini dan Selamanya" memang sesuatu yang menarik bagi saya untuk diketengahkan agar dapat kita pelajari bersama sama sebagai ilmu tambahan kepada kita semua.

Renung sejenak ke belakang, (bukanlah untuk mundurkan diri) cari tahu siapa diri kita 10 tahun yang lepas. Apakah kita masih seperti keadaan diri kita yang 10 tahun dulu lagi? (Kalau jawabannya YA!!! ......dan tak pernah berubah sedikitpun kepada kebaikan huh!!!!... Parah Sangatlah Tu !!!!! KALAU BOLEH MULAKAN SEMULA SEKARANG !! )

Kalau tak bermula dari sekarang, Siapalah kita selama lamanya nanti ?
Sekian dulu salam hormat.