Jumaat, 9 September 2011

Dulu Lain dan Sekarang Lain....

Suatu ketika dahulu sekembali dari kerja di pejabat, saya sering singgah di sebuah warung yang menjual kuih muih.


Dah tiga tahun berlalu. Saya bersara awal dan tidak perlu lagi sibuk ke pejabat dan kembali ke rumah jam 5 petang dan saya pun tak perlu singgah ke warung kuih yang dulunya menjadi tempat singgah saya hampir setiap pulang bekerja.


Kini saya dah buka warung depan rumah. Saya menjual Kuih Pau, Kuih Gelang atau Donat, Kuih Lidah Ayam, Karipap, Siewmoi atau Siaobi. Warung saya beroperasi seawal pukul 3 petang pada hari Isnin hingga Jumaat.


Dengan persepsi untuk memberikan keselesaan kepada semua, saya sedia menerima teguran teguran yang bernas.

Kepada mereka yang pernah atau sering singgah di warung saya, diucapkan berbanyak terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk beri khidmat kepada semua yang sudi. Andai ada terdapat kesilapan dari kami, silakan memberi teguran.


Untuk lebih adil, pelanggan dan penjual/atau pemberi perkhidmatan sentiasa sama sama betul...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan